Tuesday, August 7, 2012

Kenapa PERAK?

Why should I buy SILVER?
Watch these videos to know why.


Sunday, August 5, 2012

Gold bar atau Barang Kemas

Persoalan yang biasa diajukan oleh mereka yang baru mula membeli emas.
Kepada wanita, sudah tentunya barang kemas menjadi pilihan.

1) HARGA
Harga per gram gold bar lebih murah dari barang kemas 999.

2) FAKTOR KECAIRAN
Kemudahan / flexibility menukarkan semula emas kepada wang kertas. Akan tiba masanya, anda perlu menjual atau memajak emas yang anda simpan.
Dengan perubahan polisi Ar-rahnu Agrobank, Bank Rakyat, dan banyak lagi. Mereka tidak lagi menerima pajakan gold bar. Maka barang kemas 999 atau 916 lebih mudah dicairkan - boleh di jual semual atau pajak.

3) FAKTOR PELABURAN
Untuk mereka yang lebih suka memanipulasi harga emas ( beli pada harga rendah, jual semula pada harga tinggi) Gold Bar adalah lebih sesuai. Ini kerana Harga per gram lebih murah dan beza harga JUAL dan BELI (oleh syarikat pengeluar atau syarikat menjual) lebih kecil. Beza harga ini lebih senang disebut SPREAD.
Spread harga yang kecil menjadi faktor utama untuk para pelabur emas kerana tempoh waktu untuk break-even  seterusnya mendapat keuntungan (dari kenaikan harga emas) mungkin lebih pendek. Kata lain, untuk menanti kenaikan RM5/gram lebih cepat dari kenaikan RM10/gram.

Dengan berbekalkan ilmu membaca dan mentafsir pergerakan pasaran emas, dan faktor ekonomi yang lain, ramai pelabur emas mampu mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa kurang SATU TAHUN.
BAGAIMANA??? Di sini saya kongsikan bersama anda apa yang saya guna. KLIK IKLAN DI BAWAH INI.

Friday, August 3, 2012

JONGKONG atau SYILING

Jongkong /wafer atau syiling? Mana satu pilihan anda?
JONGKONG
Jongkong atau lebih senang disebut gold bar amat popular dikalangan pelabur, pembeli, penyimpan emas. Gold bar ada 2 bentuk:
1) Minted Bar
2) Cast Bar
Minted bar lebih cantik dan lebih kemas. Diperbuat melalui proses mold stamping. 
Dimana gold strip dicetak tebuk dengan reka bentuk tertentu mengikut pengeluar.
Minted bar disertakan no siri yang sama dengan sijil ketulenan.

Cast Bar selalu boleh didapati untuk berat 100gram dan ke atas. Diperbuat dengan menuang emas ke dalam mold. Cast bar juga disertakan dengan no siri dan sijil ketulenan.

Harga Cast bar lebih murah berbanding Minted bar. Anggaran beza harga dalam  linkungan RM500/gram hingga RM1000/gram mengikut berat jongkong.

Minted bar boleh didapati serendah 1gram dan 5 gram.
Dominasi biasa minted bar adalah 1gram, 5 gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram dan 1 oz.

SYILING / COIN


Syiling /Gold coin boleh di dapati dalam dominasi 1oz, 10oz, 1/2oz, 1/4oz, 1/10oz, dan macam-macam lagi.
Harga Gold Coin lebih mahal sedikit dari Gold Bar kerana proses pembuatan gold coin lebih rumit.
Gold coin mempunyai reka bentuk / design yang lebih cantik dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak atau terhad.
Koala 2012
 Kookaburra 2000
Kookaburra 2012
Contoh gold coin atau silver coin yang terhad adalah Silver Coin Kookaburra. Setiap tahun rekabentuk design baru dikeluarkan. Keadaan ini menjadikan silver coin seperti ini menjadi buruan pengumpul syiling berharga (coin collectors). Contoh; Silver coin Koala lebih murah dari Silver coin Kookaburra. Kenapa? Kookaburra dibuat dalam jumlah yang sedikit berbanding Koala.

Gold coins dan Silver coins mempunyai face-value atau numismatic value atas harga emas atau perak itu sendiri. Contoh: Kookaburra 2000 lebih mahal dari Kookaburra 2012. Kenapa? Kookaburra 2000 mempunyai design yang berbeza dari 2012 dan ia sudah tidak dikeluarkan lagi.
Coin collector akan menjual Kookaburra 2000 pada harga yang lebih mahal dari versi 2012.

Dalam proses pembuatan syiling, yang jelas, pengilang perlu melebur semula lebihan gold strip atau silver strip dan ada selepas proses stamping. Kurang jelas. Tidak mengapa. Nanti saya update post ini dengan video proses pembuatan gold coin.

GOLD BAR atau GOLD COIN ? Pilihan di tangan anda.

Thursday, August 2, 2012

Helah "KEUNTUNGAN" Bulanan

Semalam Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan 77 individu dan syarikat yang menjalankan pelaburan emas yang tidak mematuhi kewangan negara. Hari ini, seperti yang dijanjikan saya akan memberi sedikit overview tentang helah atau trick syarikat-syarikat itu. Ada dua syarikat yang popular di kalangan kawan-kawan saya sendiri. Nama syarikat tidak perlu disebutkan. Syarikat tersebut menjanjikan pulangan bulanan 2% hingga 2.5% dari nilai belian.
Bagi mereka yang tidak mengetahui harga pasaran emas semasa, memang mudah termakan helah syarikat tersebut. Cara mudah melihat harga pasaran emas semasa:
1) www.kitco.com
2) http://www.mks.ch/mobile/myr/

Harga yang dipaparkan di dua website tersebut bukan harga yang diperlolehi oleh orang ramai (consumer / end-user). Harga tersebut (harga MKS) selalunya untuk syarikat-syarikat emas yang membeli secara pukal ( berkilo-kilo). Oleh itu harga yang orang ramai perolehi adalah lebih tinggi, sekitar RM20/gram-RM30/gram (tidak dinafikan ada yang menawarkan harga lebih rendah). Kenapa? syarikat pengeluar perlulah memproses emas tersebut untuk dijadikan jongkong, syiling atau barang kemas. Disitu ada KOS yang perlu ditanggung.

Baiklah, berbalik kepada trick dan helah. Saya sendiri telah bersemuka, berbincang dengan ejen-ejen syarikat tersebut. Malah mereka menawarkan produk mereka kepada saya. Saya? Tentu MENOLAK. Kenapa?
1) HARGA JUALAN yang terlalu tinggi dari harga pasaran.
Contoh, harga yang dijual pada masa itu adalah RM200/gram untuk emas 999. Sedangkan kedai-kedai emas menjual RM195. Syarikat tersebut tentunya membeli emas dengan harga yang lebih rendah dari itu contoh harga MKS - RM160. Secara terang syarikat tersebut  mendapat keuntugan RM40/gram.

2) ENTRY point yang TINGGI.
Kebanyakan syarikat seperti ini, menawarkan produk serendah 100gram emas 999. Maka pelanggan perlu membayar RM20,000.  dan 2.5% pulangan bulanan selama 6 bulan. Dengan itu pelangan menerima RM500 setiap bulan. Di akhir bulan ke-6 jumlah diterima adalah RM3000. Pelanggan boleh menyimpan sendiri.

3) KONTRAK/ Perjanjian Jual-beli yang tidak jelas.
Di dalam perjanjian menjelaskan syarikat tidak ada komitmen untuk memberi hibah/pulangan bulanan dan tiada jaminan belian semula.

JELAS di sini. Modal RM20,000 dan di akhir bulan ke-6 pelanggan dapat emas 999 100gram dan RM3000. Kata lain, emas 999 itu dibeli dengan harga RM17,000.

KENAPA saya perlu  menanti selama 6 bulan untuk mendapatkan RM3000 dan 100gram emas? SEDANGKAN banyak lagi sumber ditempat lain. TERUS TERANG saya kata kan, saya boleh mendapatkan PAMP SUISSE 100gram pada harga RM16,500 pada waktu itu,(sekaran mungkin RM17,000)

JIKA saya ada RM20,000. saya mampu beli 100gram emas dengan harga RM17,000. DAN MASIH ada baki RM3000. HAH!!!! tak perlu TAK PERLU tunggu 6 bulan untuk dapat RM3000.

APA YANG BERLAKU????
TERUS TERANG , SYARIKAT tersebut PULANGKAN DUIT KITA SENDIRI. DUIT KITA SENDIRI, yang memang menjadi HAK KITA. Syarikat-syarikat terebut harga perlu mengambil untung RM1000 dalam setiap urusan jual-beli mereka. BAYANGKAN berapa ramai pelanggan mereka. TETAP masih ramai yang belum CELIK tentang HAL ini.

BACK TO BASIC.
Emas adalah komoditi., seperi beras, mintak sawit, garam , gula dan lain-lain. Membeli dan simpan emas sahaja tidak mendatangkan pulangan bulanan. EMAS adalah instrument untuk menyimpan nilai, preserving your wealth and your buying power. dan yang JELAS emas adalah instrument pelaburan jangkamasa panjang yang kali inflasi. BUKAN sesuatu yang memberi pulangan bulanan.

Jika anda membeli barang komoditi contoh minyak sawit dari kedai, kemudian simpan, adakah kedai tersebut memberi anda pulangan atau "hibah"?

Wednesday, August 1, 2012

Berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang "Too good to be true"

Bank Negara Malaysia  telah menyenaraikan 77 syarikat atau individu yang tidak mendapat kelulusan dan tidak sah menjalankan pelaburan mengikut peraturan kewangan negara.
Esok, insyaAllah, saya dedahkan salah satu trick yang dijalankan oleh salah satu dari syarikat tersebut bagi mengaburi orang ramai.

Utusan Malaysia 1 Ogos 2012