Thursday, August 2, 2012

Helah "KEUNTUNGAN" Bulanan

Semalam Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan 77 individu dan syarikat yang menjalankan pelaburan emas yang tidak mematuhi kewangan negara. Hari ini, seperti yang dijanjikan saya akan memberi sedikit overview tentang helah atau trick syarikat-syarikat itu. Ada dua syarikat yang popular di kalangan kawan-kawan saya sendiri. Nama syarikat tidak perlu disebutkan. Syarikat tersebut menjanjikan pulangan bulanan 2% hingga 2.5% dari nilai belian.
Bagi mereka yang tidak mengetahui harga pasaran emas semasa, memang mudah termakan helah syarikat tersebut. Cara mudah melihat harga pasaran emas semasa:
1) www.kitco.com
2) http://www.mks.ch/mobile/myr/

Harga yang dipaparkan di dua website tersebut bukan harga yang diperlolehi oleh orang ramai (consumer / end-user). Harga tersebut (harga MKS) selalunya untuk syarikat-syarikat emas yang membeli secara pukal ( berkilo-kilo). Oleh itu harga yang orang ramai perolehi adalah lebih tinggi, sekitar RM20/gram-RM30/gram (tidak dinafikan ada yang menawarkan harga lebih rendah). Kenapa? syarikat pengeluar perlulah memproses emas tersebut untuk dijadikan jongkong, syiling atau barang kemas. Disitu ada KOS yang perlu ditanggung.

Baiklah, berbalik kepada trick dan helah. Saya sendiri telah bersemuka, berbincang dengan ejen-ejen syarikat tersebut. Malah mereka menawarkan produk mereka kepada saya. Saya? Tentu MENOLAK. Kenapa?
1) HARGA JUALAN yang terlalu tinggi dari harga pasaran.
Contoh, harga yang dijual pada masa itu adalah RM200/gram untuk emas 999. Sedangkan kedai-kedai emas menjual RM195. Syarikat tersebut tentunya membeli emas dengan harga yang lebih rendah dari itu contoh harga MKS - RM160. Secara terang syarikat tersebut  mendapat keuntugan RM40/gram.

2) ENTRY point yang TINGGI.
Kebanyakan syarikat seperti ini, menawarkan produk serendah 100gram emas 999. Maka pelanggan perlu membayar RM20,000.  dan 2.5% pulangan bulanan selama 6 bulan. Dengan itu pelangan menerima RM500 setiap bulan. Di akhir bulan ke-6 jumlah diterima adalah RM3000. Pelanggan boleh menyimpan sendiri.

3) KONTRAK/ Perjanjian Jual-beli yang tidak jelas.
Di dalam perjanjian menjelaskan syarikat tidak ada komitmen untuk memberi hibah/pulangan bulanan dan tiada jaminan belian semula.

JELAS di sini. Modal RM20,000 dan di akhir bulan ke-6 pelanggan dapat emas 999 100gram dan RM3000. Kata lain, emas 999 itu dibeli dengan harga RM17,000.

KENAPA saya perlu  menanti selama 6 bulan untuk mendapatkan RM3000 dan 100gram emas? SEDANGKAN banyak lagi sumber ditempat lain. TERUS TERANG saya kata kan, saya boleh mendapatkan PAMP SUISSE 100gram pada harga RM16,500 pada waktu itu,(sekaran mungkin RM17,000)

JIKA saya ada RM20,000. saya mampu beli 100gram emas dengan harga RM17,000. DAN MASIH ada baki RM3000. HAH!!!! tak perlu TAK PERLU tunggu 6 bulan untuk dapat RM3000.

APA YANG BERLAKU????
TERUS TERANG , SYARIKAT tersebut PULANGKAN DUIT KITA SENDIRI. DUIT KITA SENDIRI, yang memang menjadi HAK KITA. Syarikat-syarikat terebut harga perlu mengambil untung RM1000 dalam setiap urusan jual-beli mereka. BAYANGKAN berapa ramai pelanggan mereka. TETAP masih ramai yang belum CELIK tentang HAL ini.

BACK TO BASIC.
Emas adalah komoditi., seperi beras, mintak sawit, garam , gula dan lain-lain. Membeli dan simpan emas sahaja tidak mendatangkan pulangan bulanan. EMAS adalah instrument untuk menyimpan nilai, preserving your wealth and your buying power. dan yang JELAS emas adalah instrument pelaburan jangkamasa panjang yang kali inflasi. BUKAN sesuatu yang memberi pulangan bulanan.

Jika anda membeli barang komoditi contoh minyak sawit dari kedai, kemudian simpan, adakah kedai tersebut memberi anda pulangan atau "hibah"?

No comments:

Post a Comment