Saturday, October 6, 2012

Di mana saya boleh jual emas ni?

Soalan yang selalu ditanya oleh pembeli emas kepada penjual emas.
Memang soalan yang perlu dan setiap pembeli perlu tahu apatah lagi diberitahu.

(1) Dari mana anda beli?
Hari ini banyak syarikat emas muncul dengan pelbagai produk emas- gold bar, dinar dan sebagainya. Dan setiap produk tersebut mempunyai design, corak, trademark tersendiri mengikut syarikat pengeluar.

MUDAHNYA - Dimana anda beli, DISITU lah anda jual semula. Kenapa?

Jika anda beli dari GSR, jual semula kepada GSR.
Jika anda beli dari GCP, jual semula kepada GCP.
Jika anda beli dari PG, jual semula kepada PG.
Jika anda beli dari PK, jual semula kepada PK.

Kerana syarikat emas tersebut yang akan menawarkan harga belian semula kepada produk sendiri.
Emas tetap emas. walau dimana anda beli, selagi ia adalah emas tulen.
Anda boleh sahaja jual produk GSR di kedai emas PK. PK akan menawarkan harga yang amat rendah.
Contoh anda beli 10gram goldbar dari GSR, kemudian jual di kedai emas PK.
Waktu yg sama harga belian semula di GSR RM175.00
Kedai emas PK menawarkan harga jauh lebih rendah, mungkin RM150.(anda boleh tanya sendiri di kedai tersebut)
Kenapa? (lagi)
Kedai emas PK perlu menampung kos memproses semula (melebur semula) emas tersebut.
Kedai emas PK tidak akan meletakkan sesuatu produk yang bukan keluaran PK sendiri. Logik kaannn?
Atau mungkin sahaja kedai emas PK tidak akan menerima kerana tidak mahu bersusahpayah memproses semula emas tersebut. Dan inilah yang pasti berlaku.

Mudah. Kannn? Mana anda beli disitulah anda jual pasti anda mendapat harga yang paling tinggi.

Jika anda memiliki emas berjenama seperti PAMP SUISSE, SUISSE MINT, PERTH MINT dan lain-lain yang memang terkenal seluruh dunia, Anda boleh jual dimana-mana, dan carilah harga yang paling tinggi.
Dan brand terkenal ini juga menjadi sasaran pembuat emas tiruan. Berhati-hati membeli emas jenama terkenal.terutamanya dalam nominasi yang besar - 10oz, 500g, 1kilo.

Bila nak jual? next post.

No comments:

Post a Comment