JONGKONG
Jongkong atau lebih senang disebut gold bar amat popular dikalangan pelabur, pembeli, penyimpan emas. Gold bar ada 2 bentuk:
1) Minted Bar |
2) Cast Bar |
Dimana gold strip dicetak tebuk dengan reka bentuk tertentu mengikut pengeluar.
Minted bar disertakan no siri yang sama dengan sijil ketulenan.
Cast Bar selalu boleh didapati untuk berat 100gram dan ke atas. Diperbuat dengan menuang emas ke dalam mold. Cast bar juga disertakan dengan no siri dan sijil ketulenan.
Harga Cast bar lebih murah berbanding Minted bar. Anggaran beza harga dalam linkungan RM500/gram hingga RM1000/gram mengikut berat jongkong.
Minted bar boleh didapati serendah 1gram dan 5 gram.
Dominasi biasa minted bar adalah 1gram, 5 gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram dan 1 oz.
SYILING / COIN
Syiling /Gold coin boleh di dapati dalam dominasi 1oz, 10oz, 1/2oz, 1/4oz, 1/10oz, dan macam-macam lagi.
Harga Gold Coin lebih mahal sedikit dari Gold Bar kerana proses pembuatan gold coin lebih rumit.
Gold coin mempunyai reka bentuk / design yang lebih cantik dan dihasilkan dalam jumlah yang banyak atau terhad.
Koala 2012
|
Kookaburra 2000
|
Gold coins dan Silver coins mempunyai face-value atau numismatic value atas harga emas atau perak itu sendiri. Contoh: Kookaburra 2000 lebih mahal dari Kookaburra 2012. Kenapa? Kookaburra 2000 mempunyai design yang berbeza dari 2012 dan ia sudah tidak dikeluarkan lagi.
Coin collector akan menjual Kookaburra 2000 pada harga yang lebih mahal dari versi 2012.
Dalam proses pembuatan syiling, yang jelas, pengilang perlu melebur semula lebihan gold strip atau silver strip dan ada selepas proses stamping. Kurang jelas. Tidak mengapa. Nanti saya update post ini dengan video proses pembuatan gold coin.
GOLD BAR atau GOLD COIN ? Pilihan di tangan anda.
No comments:
Post a Comment