Kepada wanita, sudah tentunya barang kemas menjadi pilihan.
1) HARGA
Harga per gram gold bar lebih murah dari barang kemas 999.
2) FAKTOR KECAIRAN
Kemudahan / flexibility menukarkan semula emas kepada wang kertas. Akan tiba masanya, anda perlu menjual atau memajak emas yang anda simpan.
Dengan perubahan polisi Ar-rahnu Agrobank, Bank Rakyat, dan banyak lagi. Mereka tidak lagi menerima pajakan gold bar. Maka barang kemas 999 atau 916 lebih mudah dicairkan - boleh di jual semual atau pajak.
3) FAKTOR PELABURAN
Untuk mereka yang lebih suka memanipulasi harga emas ( beli pada harga rendah, jual semula pada harga tinggi) Gold Bar adalah lebih sesuai. Ini kerana Harga per gram lebih murah dan beza harga JUAL dan BELI (oleh syarikat pengeluar atau syarikat menjual) lebih kecil. Beza harga ini lebih senang disebut SPREAD.
Spread harga yang kecil menjadi faktor utama untuk para pelabur emas kerana tempoh waktu untuk break-even seterusnya mendapat keuntungan (dari kenaikan harga emas) mungkin lebih pendek. Kata lain, untuk menanti kenaikan RM5/gram lebih cepat dari kenaikan RM10/gram.
Dengan berbekalkan ilmu membaca dan mentafsir pergerakan pasaran emas, dan faktor ekonomi yang lain, ramai pelabur emas mampu mendapatkan keuntungan yang besar dalam masa kurang SATU TAHUN.
BAGAIMANA??? Di sini saya kongsikan bersama anda apa yang saya guna. KLIK IKLAN DI BAWAH INI.
No comments:
Post a Comment