Sunday, October 7, 2012

Bila saya nak jual emas yang saya beli?

Sebelum anda jual , tanya diri sendiri -"Kenapa saya beli?"
Soalan lain - "Apa matlamat saya apabila memiliki emas?"

Jika anda kurang jelas tentang matlamat anda (dalam apa jua perkara) maka anda tidak tahu jika anda sudah mencapainya atau belom bergerak kearah matlamat anda.

Contoh Matlamat Simpanan Emas (saya kumpulkan jawapan dari pelanggan-pelanggan saya).

(1) Manipulasi harga. Akan jual semula bila harga naik.
(2) Simpanan alternative. Simpan wang kertas dan emas. Jual emas bila perlu wang Tunai (CASH).
(3) Simpanan sebagai asset. kerana tak mampu nak beli tanah. Beli emas supaya ada sesuatu untuk diwariskan kepada ahli keluarga. Bijak jugak ni. Membeli 1 gram setiap bulan, sebab tiada orang jual tanah sekaki persegi sahaja.
(4) Simpanan jangka masa panjang - PENCEN. Tambahan kepada KWSP, dan Unit Trust.
(5) Simpanan untuk kecemasan. Barang kemas yang dimiliki boleh di pajakan di Ar-rahnu.
(6) Simpanan untuk bantuan perniagaan. Ramai peniaga kecil membeli barang kemas. Memajak barang kemas untuk menambah modal perniagaan.
(7) Simpanan untuk anak-anak. Tambahan kepada normal saving atau SSPN.

dan banyak lagi....

Akan tiba masanya anda akan jual semula emas yang ada miliki. atau berikan/hadiahkan kepada orang lain. EMAS tak boleh bawa MATI. tapi BOLEH jadi asbab BEKALAN untuk di bawa MATI. Kann?

Rujuk kepada penjual emas anda untuk mengetahui harga belian semula (buy-back) emas yang anda miliki sekarang.

No comments:

Post a Comment